Read me 1st
Tunggu sampai habis download dulu baru play. Tq :)
Gadis Impianku (feat. Jawa)
Salam.. kawan2 semua. Lama gak aku x update lagu baru. Sorilah pesal aku ada bz sket. Maklumlah dah hujung2 tahun ni, mcm2 nak kena setlekan sebelum masuk tahun baru.
Kali ni aku x berseorangan unplugged, kerana bro Jawa ada kasi sentuhan ajaib beliau dlm background muzik lagu ni. Terima kasih buat beliau kerana sudi contribute dlm pembikinan lagu ni. Yang bunyi violin dan bassline tu adalah hasil kerja tangan beliau. Cayalah bro!!! Lu memang multipurpose lah.. :)
Lirik pula dikarang oleh cik Nurfahana. Dia ni bukan calang2 lyric writer kerana walaupun cik Hana kita ni perempuan, namun beliau dpt menempatkan diri beliau dlm situasi seorang lelaki yang sedang mencari jodoh. Aku pun x dapat buat mcm tu.. hehehehe... caiyok!!!
Tajuk asal sebenarnya 'Cari Jodoh', tetapi terpaksa diubah kerana ada persamaan dengan tajuk lagu dari kumpulan dari seberang. Cik Hana kasi lirik ni pada 4 Okt yg lepas. Pas aku masukkan melodynya dan buat beberapa kali modification dgn bro Jawa, aku simpan smpailah la ni... so, sekarang aku publishkan buat korang semua.. :)
Kalau sedap tepuk tangan... kalo x sedap, wat2 x tau jer erk... hahahaha.. :p
Lagu baru yg x pernah kuar radio...
Gadis Impianku
Lyric : Dr. Hana
Melody : Naz
Music Arrangement : Jawa
Hari ke hari bersilihlah ganti
Makin menginjak usiaku ini
Entahlah bila akan aku temui
Si dia ratu di dalam hati
Bukan tiada berkenan di hati
Cuma tiada yang secomel Siti
Mungkin aku tidak sekacak Zed Zaidi
Apa nak buat tunggulah lagi
*
Ibu dan ayah bebel tak henti-henti
Ingin menantu, ingin cucu sendiri
Oh ibu, oh ayah bukan ku tak cari
Cuma tiada sudi mendampingi
Yang berkenan pada anakmu ini
**
Dan kini aku masih menanti-nanti
Yang sedang-sedang itu ku cari-cari
Manis senyumannya bikin penyejuk hati
Pandai masak perutku terisi
Lembut dan sopan santun memikat hati
Itulah gadis ku cari selama ini
Di mana ohh di mana dia, mari kemari
Akan ku pinang sebagai isteri
(Repeat from intro to chorus**)
(Repeat intro again and finish)
Naz : Kalau dah jodoh, x kemana... ahaks...
Gaza
Kali ni aku buat 1 lagu khas buat saudara-saudara kita yang berada di Gaza, Palestine. Jika ada sebarang sumbangan ikhlas boleh salurkan kat nombor yang tertera di bawah ni.
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
Tabung NSTP Untuk GAZA
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 514105-320501
Lagu baru yang tak pernah kuar radio... :)
Gaza
Lyric : Naz & N
Melody : Naz
Di bumi yang terbakar ini
Belas serta ikhsan tidak lagi bersemi
Di bumi yang bergolak ini
Nyawa insan bagai tiada harga lagi
Mereka berjuang
Sehingga darah yang terakhir
Sedang zahir kita
Cuma di sini
Dimanakah kita ketika
Hujan peluru melanda bumi mereka?
Dimanakah kita ketika
Tangisan simpati dan jeritan derita?
Siang malam mu tak pernah sunyi
Bergegar setiap inci tanah suci ini
Tak pernah kering daerah ini
Titisan darah merah pekat di sana sini
Zahirkan kedamaian
Hentikan peperangan
Kembalikan keamanan
Di bumi ini...
2x
Naz :
1. Sama2lah kita mendoakan keselamatan mereka di sana.
2. Terima kasih buat Man pesal sudi jadi pengkritik lagu demo ni hari tu.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)