Read me 1st
Tunggu sampai habis download dulu baru play. Tq :)
Hari Raya
Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri buat semua yang meraikannya. Pada kesempatan ini aku nak Minta Maaf Zahir Dan Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki... jikalau sepanjang aku berblogging ni, aku ada buat salah dan silap. Kepada kawan2 ofline serta sedara aku yang tersesat masuk kat sini sebagai silent reader pun sama juga. Salam penuh kemaafan buat semua.
Actually, aku nak buat lagu raya berentak joget Melayu. Oleh kerana dah berapa kali aku rekod dan dengar balik, teruk sangat bunyinya aku post pone dulu. Mungkin tahun depan kot. Lagu 'Hari Raya' ni aku buat 3 hari lepas. Kesinambungan dari lagu 'Ramadhan Datang Menjelma'. Kiranya lagu ni adik beradik la... ;-)
Kalau korang nak balik kg atau nak beraya nanti, berhati-hati di jalan raya. Raya raya jugak, keselamatan pun kena jaga juga. Biarlah keadaan selepas raya, sama seperti keadaan sebelum raya. Ni aku pesan sekali kat diri aku sekali... :-)
Lagu baru yang tak pernah kuar radio. Kalo sumbang, buat tak tau jer taw... Layansss... Hehehehe...
Hari Raya
Lyric : Naz
Melody : Naz
Aidil Fitri
Kembali menjelma lagi
Bersihkanlah hati
Memohon keampunan diri
Bagi yang mengerti
Hakikat kemenangan ini
Bibir tidak henti
Takbir memuji Ilahi
Allah.. Allah Allahhuakbar
Allah.. Allah Allahhuakbar
*
Di sebalik
Rahsia tersembunyi
Kenikmatan
Yang tidak terperi
**
Hari raya
disambut dengan gembira
Hari raya
Pengubat segala duka
Hari raya
Lupa segala sengketa
Hari raya
Maafkan segala dosa
Hohohohohohoooo
Resah
Lagu berkisar tentang keinsafan... Sila dengar guna hati yer... :)
Lagu baru yang tak pernah keluar radio...
Resah
Lyric : R
Melody : Naz
Resah menanti hukuman beribu tahun
Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini
Gelap pekat malam yang sunyi
Resah berdosa aku sendiri
Bersimpuh hina dalam tangisan
*
Segalanya..tiada satu milikku
Terpedaya aku godaan dunia
Angkuh melangkah
Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
**
Tuhanku.. kupohon belas sayangMu
Kuharap belas kasihMu
Ampunilah dosa dosaku
Bagai pasir dan buih di lautan
**
Tuhanku.. tak mungkinku undur masa
Sesat aku dalam RahmatMu
Namun tiada kuingin Kau menjauh
Membiarku terlontar di penghujung dunia
Mengharap secebis kasih sayangMu..
Resah menanti hukuman beribu tahun
Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini
Gelap pekat malam yang sunyi
Resah berdosa aku sendiri
Bersimpuh hina dalam tangisan
*
Segalanya..tiada satu milikku
Terpedaya aku godaan dunia
Angkuh melangkah
Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
**
Tuhanku.. kupohon belas sayangMu
Kuharap belas kasihMu
Ampunilah dosa dosaku
Bagai pasir dan buih di lautan
**
Tuhanku.. tak mungkinku undur masa
Sesat aku dalam RahmatMu
Namun tiada kuingin Kau menjauh
Membiarku terlontar di penghujung dunia
Mengharap secebis kasih sayangMu..
Semoga Kau sentiasa memandangku
Dengan kasih seperti dulu..
Naz : Semoga aku beroleh keinsafan di bulan mulia ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)