Nothing Else Matters
So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters
Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters
Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters
Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know
So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters
Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know
Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters
Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters
Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know
So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters
Kali ini aku nak stop unplugged jap. Sesekali nak gak rest... :p Klik button 'play' kat atas tu dan nikmatilah 1 lagu instrumental ciptaan sahabat seangkatan aku.. Bro Jawa. Ini adalah lagu instrument pertama beliau. Walaupun agak slow, tapi luahan rasa dari dalam tu... Layansssss.... Hehehehe...
Beliau merupakan bassist band indie 'Ugly Space Jelly'. Amacam? Gempak tak aksi beliau dengan gitar bass merah tu? Ada sesiapa nak berkenalan?? Ahakss.. ;-)
So kalau ada sebarang komen yang membina, sila-silakanlah post kat sini. Majulah industri muzik Malaysia demi masa depan yang gemilang... :D
Ni lagu khas buat mereka-mereka yang bergelar IBU. Lagu kedua aku tentang jasa seorang IBU selepas lagu Restuilah. Lirik ini ditulis oleh sahabat maya aku iaitu Bro Kimisai. Dia juga seorang pemuzik yang sempoi... ;)
Hayatilah lagu ini guna hati kerana jika guna telinga pasti akan terkesan kesumbangan dalam nyanyian ku ini.. Ahaks...
Lagu baru yang tak pernah keluar radio mahupun carta top 10 juara lagu... hehehehe...
Dia tak perlu tersenyum Di di sebalik raut wajahnya Aku lihat kepuasan Abadi kasih sejatinya Sentiasa di hati ku...
Dia tak perlu ketawa Di setiap ukir bibirnya Aku lihat dia bangga Gigih menunjang kejayaanku Korban jiwa dan raga...
* Dia tak perlu menangis Di setiap tingkahnya berlalu Aku sedar setiap kesilapan Sentiasa kau berikan kemaafan
** Dia tak perlu apa-apa lagi Di segenap raut wajahnya Ku panjatkan doa pada Illahi Ku pohon sejahtera untuknya ** Dia tak perlu apa-apa lagi Di setiap mimpi ku temuinya Terima kasih buat dirinya Melahir membesarkan ku di dunia
(Repeat from intro again)
Terima kasih buat dirinya... Melahir membesarkan ku di dunia...
Naz : Doa ibu amat mustajab bagi kejayaan seseorang... :)
Macam ni lah aku. Bila sibuk, x dan nak layan online. Rindu weihh kat korang semua. Bila aku dah free nanti aku akan terjah blog2 dan FB korang... Dengarlah lagu pesal secebis kisah rutin hidup aku. Kerja untuk carik duit. Ntah bilalah duit akan bekerja untuk aku pulak yer... Hehehehe... Apa yang penting bersyukur walaupun dapat sedikit dan tak alpa bila dapat banyak... ;-)
Lagu yang tak berapa baru yang tak pernah keluar radio... Enjoy...
Begitulah Beginilah Lyric : Naz Melody : Naz
Sepanjang hariku Mengejar masa dan waktu Dalam jerebu dan debu
Tak pernah kisah ku .... Walau tiada apa di saku Asalkan ada agendaku Asalkan ada agendaku
* Begitulah... beginilah Begitulah... beginilah
Siang yang menjelang Terhampar sejuta peluang Jika terlewat akan hilang
Malam tak pernah malam Hanya kadang kala suam Bila gelap timbul hitam Bila gelap timbul hitam
Lagu baru yang tak pernah kuar radio... semoga terhibur...
>Terima kasih kepada Anak Laut... kerana sudi kasi aku guna poem2 dalam blog cool dia tu... :)
Biarlah Padam Segala Sepi Lyric : Anak Laut Melody : Naz
Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti
* Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Jika kumerapat nanti sudikah engkau datang berlari kemari? Biar kita merangkai hati janji setia sehidup semati Demi cinta yang telah bersemi kutukan orang jangan peduli Mari kita merajut mimpi suka dan duka kita hadapi
* Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti
Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti
* Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri buat semua yang meraikannya. Pada kesempatan ini aku nak Minta Maaf Zahir Dan Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki... jikalau sepanjang aku berblogging ni, aku ada buat salah dan silap. Kepada kawan2 ofline serta sedara aku yang tersesat masuk kat sini sebagai silent reader pun sama juga. Salam penuh kemaafan buat semua.
Actually, aku nak buat lagu raya berentak joget Melayu. Oleh kerana dah berapa kali aku rekod dan dengar balik, teruk sangat bunyinya aku post pone dulu. Mungkin tahun depan kot. Lagu 'Hari Raya' ni aku buat 3 hari lepas. Kesinambungan dari lagu 'Ramadhan Datang Menjelma'. Kiranya lagu ni adik beradik la... ;-)
Kalau korang nak balik kg atau nak beraya nanti, berhati-hati di jalan raya. Raya raya jugak, keselamatan pun kena jaga juga. Biarlah keadaan selepas raya, sama seperti keadaan sebelum raya. Ni aku pesan sekali kat diri aku sekali... :-)
Lagu baru yang tak pernah kuar radio. Kalo sumbang, buat tak tau jer taw... Layansss... Hehehehe...
Hari Raya
Lyric : Naz Melody : Naz
Aidil Fitri Kembali menjelma lagi Bersihkanlah hati Memohon keampunan diri
Bagi yang mengerti Hakikat kemenangan ini Bibir tidak henti Takbir memuji Ilahi
Allah.. Allah Allahhuakbar Allah.. Allah Allahhuakbar
* Di sebalik Rahsia tersembunyi Kenikmatan Yang tidak terperi
** Hari raya disambut dengan gembira Hari raya Pengubat segala duka Hari raya Lupa segala sengketa Hari raya Maafkan segala dosa
Lagu berkisar tentang keinsafan... Sila dengar guna hati yer... :) Lagu baru yang tak pernah keluar radio...
Resah Lyric : R Melody : Naz
Resah menanti hukuman beribu tahun Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini Gelap pekat malam yang sunyi Resah berdosa aku sendiri Bersimpuh hina dalam tangisan
* Segalanya..tiada satu milikku Terpedaya aku godaan dunia Angkuh melangkah Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
** Tuhanku.. kupohon belas sayangMu Kuharap belas kasihMu Ampunilah dosa dosaku Bagai pasir dan buih di lautan ** Tuhanku.. tak mungkinku undur masa Sesat aku dalam RahmatMu Namun tiada kuingin Kau menjauh Membiarku terlontar di penghujung dunia Mengharap secebis kasih sayangMu..
Resah menanti hukuman beribu tahun Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini Gelap pekat malam yang sunyi Resah berdosa aku sendiri Bersimpuh hina dalam tangisan
* Segalanya..tiada satu milikku Terpedaya aku godaan dunia Angkuh melangkah Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
** Tuhanku.. kupohon belas sayangMu Kuharap belas kasihMu Ampunilah dosa dosaku Bagai pasir dan buih di lautan ** Tuhanku.. tak mungkinku undur masa Sesat aku dalam RahmatMu Namun tiada kuingin Kau menjauh Membiarku terlontar di penghujung dunia Mengharap secebis kasih sayangMu..
Semoga Kau sentiasa memandangku Dengan kasih seperti dulu..
Naz : Semoga aku beroleh keinsafan di bulan mulia ini...
Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Aku nak mintak maaf banyak2 kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau2 aku ada buat salah dan silap. Aku dedicate kan lagu ni untuk semua followers, visitors, dan sahabat2 yang yang beragama Islam. Poser, jangan tak poser taw... ;)
Aku baru kebah dari demam. So, kalo unplugged aku ni kureng memuaskan... jangan mare yer...
Ramadhan Datang Menjelma Lyric : Naz Melody : Naz
Dalam setahun hanya satu purnama Penuh rahmat di dalamnya Saat ditunggu telah menjelang tiba Ramadhan datang menjelma
* Lapar dan dahaga Menguji iman dan taqwa Seluruh pancaindera Turut menahan dari melakukan dosa
** Ketika fajar melimpahkan cahaya Bertebaran bani adam di sini sana Ketika rembulan menghiasi langit Tasbih, selawat dan tahmid membasahi bibir Hati jiwa yang suci ** Ramadhan penghulu segala purnama KurniaanMu kepada seisi alam Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan KurniaanMu kepada insan yang miliki Hati jiwa yang suci
* Lapar dan dahaga Menguji iman dan taqwa Seluruh pancaindera Turut menahan dari melakukan dosa
** Ampunilah dosa diri yang kerdil ini Walaupun cuma sekelumit pengampunan-Mu Terimalah penyerahan zahir dan batin Sucikanlah jiwa hambaMu yang penuh dengan Dosa noda yang hina ** Ramadhan penghulu segala purnama KurniaanMu kepada seisi alam Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan KurniaanMu kepada insan yang miliki Hati jiwa yang suci
Dalam setahun hanya satu purnama Penuh rahmat di dalamnya Saat ditunggu telah menjelang tiba Ramadhan datang menjelma
Naz : Semoga Ramadhan kali ini, aku lebih kenal dengan diri aku sendiri dan Pencipta diri aku ni... :)
Masih berkisar pasal alam semula jadi. Mungkin isu Bukit Antarabangsa dah lama, tapi masih lagi releven. Bro A.B... lirik ko ni memang mencabar sungguh. Pasal tu aku amek masa yang lama untuk siapkan... hehehehe....
Sayangilah pokok. Kalo pokok dah semua ditebang, kita akan kekurangan oksigen. Binatang2 lain pun dah tak der tempat nak tinggal. Keep green ok...! ;)
Kepada kaki pancing, ada lagu untuk korangs... CINTAI DAN SAYANGILAH LAUT... dan hargailah sumbangan para nelayan... Lagu baru yang tak pernah keluar radio... ;)