Pages

Read me 1st

Tunggu sampai habis download dulu baru play. Tq :)

Gadis Impianku (feat. Jawa)


Salam.. kawan2 semua. Lama gak aku x update lagu baru. Sorilah pesal aku ada bz sket. Maklumlah dah hujung2 tahun ni, mcm2 nak kena setlekan sebelum masuk tahun baru.



Kali ni aku x berseorangan unplugged, kerana bro Jawa ada kasi sentuhan ajaib beliau dlm background muzik lagu ni. Terima kasih buat beliau kerana sudi contribute dlm pembikinan lagu ni. Yang bunyi violin dan bassline tu adalah hasil kerja tangan beliau. Cayalah bro!!! Lu memang multipurpose lah.. :)

Lirik pula dikarang oleh cik Nurfahana. Dia ni bukan calang2 lyric writer kerana walaupun cik Hana kita ni perempuan, namun beliau dpt menempatkan diri beliau dlm situasi seorang lelaki yang sedang mencari jodoh. Aku pun x dapat buat mcm tu.. hehehehe... caiyok!!!

Tajuk asal sebenarnya 'Cari Jodoh', tetapi terpaksa diubah kerana ada persamaan dengan tajuk lagu dari kumpulan dari seberang. Cik Hana kasi lirik ni pada 4 Okt yg lepas. Pas aku masukkan melodynya dan buat beberapa kali modification dgn bro Jawa, aku simpan smpailah la ni... so, sekarang aku publishkan buat korang semua.. :)

Kalau sedap tepuk tangan... kalo x sedap, wat2 x tau jer erk... hahahaha.. :p

Lagu baru yg x pernah kuar radio...

Gadis Impianku

Lyric : Dr. Hana
Melody : Naz
Music Arrangement : Jawa

Hari ke hari bersilihlah ganti
Makin menginjak usiaku ini
Entahlah bila akan aku temui
Si dia ratu di dalam hati

Bukan tiada berkenan di hati
Cuma tiada yang secomel Siti
Mungkin aku tidak sekacak Zed Zaidi
Apa nak buat tunggulah lagi

*
Ibu dan ayah bebel tak henti-henti
Ingin menantu, ingin cucu sendiri
Oh ibu, oh ayah bukan ku tak cari
Cuma tiada sudi mendampingi
Yang berkenan pada anakmu ini

**
Dan kini aku masih menanti-nanti
Yang sedang-sedang itu ku cari-cari
Manis senyumannya bikin penyejuk hati
Pandai masak perutku terisi

Lembut dan sopan santun memikat hati
Itulah gadis ku cari selama ini
Di mana ohh di mana dia, mari kemari
Akan ku pinang sebagai isteri

(Repeat from intro to chorus**)
(Repeat intro again and finish)

Naz : Kalau dah jodoh, x kemana... ahaks...

Gaza




Kali ni aku buat 1 lagu khas buat saudara-saudara kita yang berada di Gaza, Palestine. Jika ada sebarang sumbangan ikhlas boleh salurkan kat nombor yang tertera di bawah ni.



Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad

Nombor akaun: 562263010787

Pertanyaan : 03-89267019


Tabung NSTP Untuk GAZA

Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 514105-320501





Lagu baru yang tak pernah kuar radio... :)

Gaza
Lyric : Naz & N
Melody : Naz

Di bumi yang terbakar ini
Belas serta ikhsan tidak lagi bersemi
Di bumi yang bergolak ini
Nyawa insan bagai tiada harga lagi

Mereka berjuang
Sehingga darah yang terakhir
Sedang zahir kita
Cuma di sini

Dimanakah kita ketika
Hujan peluru melanda bumi mereka?
Dimanakah kita ketika
Tangisan simpati dan jeritan derita?

Siang malam mu tak pernah sunyi
Bergegar setiap inci tanah suci ini
Tak pernah kering daerah ini
Titisan darah merah pekat di sana sini

Zahirkan kedamaian
Hentikan peperangan
Kembalikan keamanan
Di bumi ini...
2x

Naz :
1. Sama2lah kita mendoakan keselamatan mereka di sana.
2. Terima kasih buat Man pesal sudi jadi pengkritik lagu demo ni hari tu.. :)

L.S.K



Lagu baru yang tak pernah kuar radio...



Kali ini aku nak stop unplugged jap. Sesekali nak gak rest... :p
Klik button 'play' kat atas tu dan nikmatilah 1 lagu instrumental ciptaan sahabat seangkatan aku.. Bro Jawa. Ini adalah lagu instrument pertama beliau. Walaupun agak slow, tapi luahan rasa dari dalam tu... Layansssss.... Hehehehe...


Beliau merupakan bassist band indie 'Ugly Space Jelly'. Amacam? Gempak tak aksi beliau dengan gitar bass merah tu? Ada sesiapa nak berkenalan?? Ahakss.. ;-)

So kalau ada sebarang komen yang membina, sila-silakanlah post kat sini. Majulah industri muzik Malaysia demi masa depan yang gemilang... :D

Dia (Buat Bonda Tersayang)


Ni lagu khas buat mereka-mereka yang bergelar IBU. Lagu kedua aku tentang jasa seorang IBU selepas lagu Restuilah. Lirik ini ditulis oleh sahabat maya aku iaitu Bro Kimisai. Dia juga seorang pemuzik yang sempoi... ;)

Hayatilah lagu ini guna hati kerana jika guna telinga pasti akan terkesan kesumbangan dalam nyanyian ku ini.. Ahaks...



Lagu baru yang tak pernah keluar radio mahupun carta top 10 juara lagu... hehehehe...

Dia
Lyric : Kimisai
Melody : Naz

Dia tak perlu tersenyum
Di di sebalik raut wajahnya
Aku lihat kepuasan
Abadi kasih sejatinya
Sentiasa di hati ku...

Dia tak perlu ketawa
Di setiap ukir bibirnya
Aku lihat dia bangga
Gigih menunjang kejayaanku
Korban jiwa dan raga...

*
Dia tak perlu menangis
Di setiap tingkahnya berlalu
Aku sedar setiap kesilapan
Sentiasa kau berikan kemaafan

**
Dia tak perlu apa-apa lagi
Di segenap raut wajahnya
Ku panjatkan doa pada Illahi
Ku pohon sejahtera untuknya
**
Dia tak perlu apa-apa lagi
Di setiap mimpi ku temuinya
Terima kasih buat dirinya
Melahir membesarkan ku di dunia

(Repeat from intro again)

Terima kasih buat dirinya...
Melahir membesarkan ku di dunia...

Naz : Doa ibu amat mustajab bagi kejayaan seseorang... :)

Begitulah Beginilah




Macam ni lah aku. Bila sibuk, x dan nak layan online. Rindu weihh kat korang semua. Bila aku dah free nanti aku akan terjah blog2 dan FB korang... Dengarlah lagu pesal secebis kisah rutin hidup aku. Kerja untuk carik duit. Ntah bilalah duit akan bekerja untuk aku pulak yer... Hehehehe... Apa yang penting bersyukur walaupun dapat sedikit dan tak alpa bila dapat banyak... ;-)

Lagu yang tak berapa baru yang tak pernah keluar radio... Enjoy...

Begitulah Beginilah
Lyric : Naz
Melody : Naz

Sepanjang hariku
Mengejar masa dan waktu
Dalam jerebu dan debu

Tak pernah kisah ku ....
Walau tiada apa di saku
Asalkan ada agendaku
Asalkan ada agendaku

*
Begitulah... beginilah
Begitulah... beginilah

Siang yang menjelang
Terhampar sejuta peluang
Jika terlewat akan hilang

Malam tak pernah malam
Hanya kadang kala suam
Bila gelap timbul hitam
Bila gelap timbul hitam

*
Begitulah... beginilah
Begitulah... beginilah
2X

Biarlah Padam Segala Sepi




Lagu baru yang tak pernah kuar radio... semoga terhibur...

>Terima kasih kepada Anak Laut... kerana sudi kasi aku guna poem2 dalam blog cool dia tu... :)

Biarlah Padam Segala Sepi
Lyric : Anak Laut
Melody : Naz

Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi
Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati
Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari
Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti

*
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Jika kumerapat nanti sudikah engkau datang berlari kemari?
Biar kita merangkai hati janji setia sehidup semati
Demi cinta yang telah bersemi kutukan orang jangan peduli
Mari kita merajut mimpi suka dan duka kita hadapi

*
Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari
Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti

Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi
Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati
Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari
Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti

*
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari
Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti

Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Biarlah padam segala sepi

Biarlah padam segala sepi...

Hari Raya




Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri buat semua yang meraikannya. Pada kesempatan ini aku nak Minta Maaf Zahir Dan Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki... jikalau sepanjang aku berblogging ni, aku ada buat salah dan silap. Kepada kawan2 ofline serta sedara aku yang tersesat masuk kat sini sebagai silent reader pun sama juga. Salam penuh kemaafan buat semua.

Actually, aku nak buat lagu raya berentak joget Melayu. Oleh kerana dah berapa kali aku rekod dan dengar balik, teruk sangat bunyinya aku post pone dulu. Mungkin tahun depan kot. Lagu 'Hari Raya' ni aku buat 3 hari lepas. Kesinambungan dari lagu 'Ramadhan Datang Menjelma'. Kiranya lagu ni adik beradik la... ;-)

Kalau korang nak balik kg atau nak beraya nanti, berhati-hati di jalan raya. Raya raya jugak, keselamatan pun kena jaga juga. Biarlah keadaan selepas raya, sama seperti keadaan sebelum raya. Ni aku pesan sekali kat diri aku sekali... :-)

Lagu baru yang tak pernah kuar radio. Kalo sumbang, buat tak tau jer taw... Layansss... Hehehehe...

Hari Raya

Lyric : Naz
Melody : Naz

Aidil Fitri
Kembali menjelma lagi
Bersihkanlah hati
Memohon keampunan diri

Bagi yang mengerti
Hakikat kemenangan ini
Bibir tidak henti
Takbir memuji Ilahi

Allah.. Allah Allahhuakbar
Allah.. Allah Allahhuakbar

*
Di sebalik
Rahsia tersembunyi
Kenikmatan
Yang tidak terperi

**
Hari raya
disambut dengan gembira
Hari raya
Pengubat segala duka
Hari raya
Lupa segala sengketa
Hari raya
Maafkan segala dosa

Hohohohohohoooo


Resah


Lagu berkisar tentang keinsafan... Sila dengar guna hati yer... :)
Lagu baru yang tak pernah keluar radio...



Resah
Lyric : R
Melody : Naz

Resah menanti hukuman beribu tahun
Resah menanti balasan api kemurkaan

Merintih aku di sini
Gelap pekat malam yang sunyi
Resah berdosa aku sendiri
Bersimpuh hina dalam tangisan

*
Segalanya..tiada satu milikku
Terpedaya aku godaan dunia
Angkuh melangkah
Dengan sifat sifat pinjaman dariMu

**
Tuhanku.. kupohon belas sayangMu
Kuharap belas kasihMu
Ampunilah dosa dosaku
Bagai pasir dan buih di lautan
**
Tuhanku.. tak mungkinku undur masa
Sesat aku dalam RahmatMu
Namun tiada kuingin Kau menjauh
Membiarku terlontar di penghujung dunia
Mengharap secebis kasih sayangMu..

Resah menanti hukuman beribu tahun
Resah menanti balasan api kemurkaan

Merintih aku di sini
Gelap pekat malam yang sunyi
Resah berdosa aku sendiri
Bersimpuh hina dalam tangisan

*
Segalanya..tiada satu milikku
Terpedaya aku godaan dunia
Angkuh melangkah
Dengan sifat sifat pinjaman dariMu

**
Tuhanku.. kupohon belas sayangMu
Kuharap belas kasihMu
Ampunilah dosa dosaku
Bagai pasir dan buih di lautan
**
Tuhanku.. tak mungkinku undur masa
Sesat aku dalam RahmatMu
Namun tiada kuingin Kau menjauh
Membiarku terlontar di penghujung dunia
Mengharap secebis kasih sayangMu..

Semoga Kau sentiasa memandangku
Dengan kasih seperti dulu..

Naz : Semoga aku beroleh keinsafan di bulan mulia ini...

Ramadhan Datang Menjelma


Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Aku nak mintak maaf banyak2 kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau2 aku ada buat salah dan silap. Aku dedicate kan lagu ni untuk semua followers, visitors, dan sahabat2 yang yang beragama Islam. Poser, jangan tak poser taw... ;)



Aku baru kebah dari demam. So, kalo unplugged aku ni kureng memuaskan... jangan mare yer...

Ramadhan Datang Menjelma
Lyric : Naz
Melody : Naz

Dalam setahun hanya satu purnama
Penuh rahmat di dalamnya
Saat ditunggu telah menjelang tiba
Ramadhan datang menjelma

*
Lapar dan dahaga
Menguji iman dan taqwa
Seluruh pancaindera
Turut menahan dari melakukan dosa

**
Ketika fajar melimpahkan cahaya
Bertebaran bani adam di sini sana
Ketika rembulan menghiasi langit
Tasbih, selawat dan tahmid membasahi bibir
Hati jiwa yang suci
**
Ramadhan penghulu segala purnama
KurniaanMu kepada seisi alam
Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci

*
Lapar dan dahaga
Menguji iman dan taqwa
Seluruh pancaindera
Turut menahan dari melakukan dosa

**
Ampunilah dosa diri yang kerdil ini
Walaupun cuma sekelumit pengampunan-Mu
Terimalah penyerahan zahir dan batin
Sucikanlah jiwa hambaMu yang penuh dengan
Dosa noda yang hina
**
Ramadhan penghulu segala purnama
KurniaanMu kepada seisi alam
Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci

Dalam setahun hanya satu purnama
Penuh rahmat di dalamnya
Saat ditunggu telah menjelang tiba
Ramadhan datang menjelma

Naz : Semoga Ramadhan kali ini, aku lebih kenal dengan diri aku sendiri dan Pencipta diri aku ni... :)

Bangau Oh Bangau




Masih berkisar pasal alam semula jadi. Mungkin isu Bukit Antarabangsa dah lama, tapi masih lagi releven. Bro A.B... lirik ko ni memang mencabar sungguh. Pasal tu aku amek masa yang lama untuk siapkan... hehehehe....

Sayangilah pokok. Kalo pokok dah semua ditebang, kita akan kekurangan oksigen. Binatang2 lain pun dah tak der tempat nak tinggal. Keep green ok...! ;)

Lagu baru yang tak pernah keluar radio...

Bangau Oh Bangau
Lyric : A.B Geldofg feat Naz
Melody : Naz

Lihatlah sekeliling kita
Lihatlah sekeliling kita
Kerana wang bumi binasa
Ada kuasa dan tamak haloba
Alam kita jadi mangsa
Manusia pun jadi mangsa

Bangau oh Bangau "Kenapa kau tak hinggap kat Bukit Antarabangsa?"
"Macamana aku nak hinggap, pokok sudah tiada..."

Pokok oh pokok "Kenapa kau sudah tiada di Bukit Antarabangsa?"
"Macamana aku nak ada, Pemaju tebang aku..."

Pemaju oh pemaju "Kenapa engkau tebang semua pokok kat situ?"
"Macamana aku tak tebang, Engineer luluskan aku... luluskan aku"

Engineer oh engineer "Kenapa kau luluskan projek itu ?"
"Macamana aku tak luluskan, Boss dah arahkan aku...."

Boss oh boss "Kenapa kau arahkan projek itu?"
"Macamana aku tak arahkan, BELIAU kasi kat aku...."

BELIAU oh BELIAU "Kenapa kau kasi itu arahan?.."
"Macam mana aku tak kasi.... Ular nak makan aku.... nak makan aku..."

Ular oh ular "kenapa kau nak makan En. BELIAU ?"
"Halo bro lu percaya ke, aku nak makan BELIAU...?"
"Siapakah En. BELIAU? Lu pikirlah sendiri...."

Jangan nak tuduh aku...
Jangan nak tuduh aku...

Bangau oh Bangau
Kesiannya engkau...

Tak ada tempat hinggap
Kat bukit Antarabangsa...

Tak ada tempat melepak
Kat Bukit Antarabangsa...

Kapal Karam



Kepada kaki pancing, ada lagu untuk korangs... CINTAI DAN SAYANGILAH LAUT... dan hargailah sumbangan para nelayan...
Lagu baru yang tak pernah keluar radio... ;)

Kapal Karam
Lyric : Mamai
Melody : Naz

Sejenak berada di sini
Buat aku terpaku
Otak ligat memacu
Mamai ku berhenti... terpaku

Di sini ada rezeki
Mereka datang berulang kali
Laut gelora tak di peduli
Dengan tekad nyawa milik Ilahi...

Aku bukannya anak laut
Tapi aku sering ke laut
Laut itu ada seribu rahsia
Bukan sekadar untuk bersuka

*
Berapa banyak nyawa nelayan hilang di sini
Hanya kerana sesuap nasi
Buat bekal anak bini di rumah menanti
Sedang aku ke sini kerana hobi...

Sejenak berada di sini
Buat aku terpaku
Otak ligat memacu
Mamai ku berhenti... terpaku

Di sini ada rezeki
Mereka datang berulang kali
Laut gelora tak di peduli
Dengan tekad nyawa milik Ilahi...

Aku bukannya anak laut
Tapi aku sering ke laut
Laut itu ada seribu rahsia
Bukan sekadar untuk bersuka

*
Berapa banyak nyawa nelayan hilang di sini
Hanya kerana sesuap nasi
Buat bekal anak bini di rumah menanti
Sedang aku ke sini kerana hobi...

Terimbas (Ver 2)





Inilah lagu yang paling ramai penyumbang lirik yang ada dalam simpanan aku. Best sungguh bekerjasama ni... apa yang penting... kerjasama... hehehe...

Lagu asal ada kat sini. Lepas aku terima lirik dari Hysman dan SensationKuman, aku modified untuk disesuaikan dengan melody dan kesinambungan sedia ada. Harap korang tak marah aku modified yer...

Lagu baru yang tak pernah keluar radio... semoga terhibur... :)

Terimbas
Lyric : Naz, Hysman, SensationKuman
Melody : Naz

Dikala mentari di ufuk timur
Aku merenung ciptaan Tuhan
Suasana yang begitu mendamaikan
Jiwaku hatiku...

Dikeheningan pagi yang tenang
Ku duduk melayani fikiranku
Terimbas kenangan masa silamku
Di waktu dahulu...

*
Ada suka ada duka
Tangis dan gembira
Sedih dan ceria
Ada manis ada pahit
Tenang dan gelora
Bahgia dan derita...

Telahku mengatur langkah kakiku
Untuk ku menuju impianku
Mencari hikmah kisahku yang lara
Yang luka yang duka...

Kenangan manis penyegar jiwaku,
Memberikanku semangat yang baru,
Kupohon tabah dan seribu doa
Kepada yang Esa

*
Ada susah ada senang
Sepanjang hayatku
Sepanjang hidupku
Ada hitam ada putih
Dalam kenanganku
Dalam ingatanku

(Ulang dari mula)

Dikala mentari di ufuk timur
Aku merenung ciptaan Tuhan
Suasana yang begitu mendamaikan
Jiwaku hatiku...

Dikeheningan pagi yang tenang
Ku duduk melayani fikiranku
Terimbas kenangan masa silamku
Di waktu dahulu...

Oooooo......

Warisan


Buat bangsaku...
Semoga kita terus bersatu di bumi yang bertuah ini...
Tempat tumpah darah dari generasi ke generasi....
Bangunlah... demi agama, bangsa dan negara yang amat kita cintai...
Renungkan dan hargailah pengorbanan orang-orang terdahulu yang sanggup mengorbankan diri...
Jangan sampai tanah ini dijajah lagi...
Jagalah warisan ini dengan sepenuh jiwa dan sepenuh hati...



Warisan
Komposer: Y.B. Dato' Dr. Nordin Kardi
Unplugged by : Naz

C
Anak kecil main api
C
Terbakar hatinya yang sepi
F G C Am
Air mata darah bercampur keringat
G C
Bumi dipijak milik orang
C
Nenek moyang kaya raya
C
Tergadai seluruh harta benda
F G C Am
Akibat sengketa sesamalah kita
G C
Cita lenyap di arus zaman

F C
Indahnya bumi kita ini
G C
Warisan berkurun lamanya
F C
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Dm G
Pribumi merintih sendiri

C
Masa depan sungguh kelam
C
Kan lenyap peristiwa semalam
F G C Am
Tertutuplah hati terkunci mati
G C
Maruah peribadi dah hilang

F C
Kini kita cuma tinggal kuasa
G C
Yang akan menentukan bangsa
F C
Bersatulah hati bersama berbakti
Dm G
Pulih kembali harga diri

C
Kita sudah tiada masa
C
Majulahlah dengan maha perkasa
F G C
Janganlah terlalai teruskan usaha
G C
Melayu kan gagah di nusantara 3x

Mana Mungkin




Lagu baru yang tak pernah kuar radio...

Mana Mungkin
Lyric : R
Melody : Naz

Begitu mudahnya hati mencinta
Aku bahagia saat kau ada
Di alam jaga di alam mimpi
Kau mengisi sepi
Selamanya ku ingin kau di hati
Ooooooo...

Namun benarkah engkau untukku?
Benarkah di hatimu hanya aku?
Kau seumpama pelangi petang
Semakin ku kejar
Semakin kau menghilang
Ooooooo...

*
Mana mungkin
Seribu tahun ku menunggu
Menanti tertunai seluruh janjimu

Mana mungkin
Aku korbankan seluruh hidupku
Sedangkan kau sayup dari hatiku

**
Aku masih ingin pertahankan
Kesetiaan..
Aku masih ingin mencintaimu
Sampai akhir hayatku..ooooo

Repeat from intro

Terimbas




Lagu ni aku belum buat habis lagi. Stuck kat lirik. Kalau ada sesiapa yang nak sambung liriknya amatlah dialu-alukan. boleh kasi kat ruangan komen...

Link lagu yang dah siap kat sini... (8 Jul 09)

Aku wat lagu ni pagi tadi... pastu g kerojer. balik rakam dan haplod dlm blog... Lagu baru yang tak pernah kuar radio... hehehe...

Title : Terimbas
Lyric : Naz
Melody : Naz

Dikala mentari di ufuk timur
Aku merenung ciptaan Tuhan
Suasana yang begitu mendamaikan
Jiwaku hatiku...

Dikeheningan pagi yang tenang
Ku duduk melayani fikiranku
Terimbas kenangan masa silamku
Di waktu dahulu...

Ada suka ada duka
Menangis, gembira
Sedih dan ceria
Ada manis ada pahit
Tenang dan gelora
Bahgia dan derita...

oooo...

Dalam Sujud Terakhirku




Lagu baru yang tak pernah keluar radio...
Hayatilah dengan sepenuh jiwa. Mungkin sujud kita kali ini adalah sujud yang terakhir...

Title : Dalam Sujud Terakhirku
Lyric : Puteh & Naz
Melody : Naz

Dalam sujud terakhirku Ya Allah...
Kuteriakkan Asma-Mu
Agar runtuh dinding kesombongan
Dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
Kumenangis sepuasnya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang
Huhuhuhuhu....

*
Dalam sujud terakhirku
Biarkan kupatah dalam cahayaMu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...
Kupanjatkan syukur padaMU
Selangkah demi selangkah
Merasa anugerahMu

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
Terbayang semua dosa
Yang membayangi diriku
Kelam mencengkram jiwaku yang lusuh
Huhuhuhuhu....

*
Dalam sujud terakhirku
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
Untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta
Agar basah hati dan jiwaku mengingatiMu

Dalam sujud terakhirku Ya Allah...
Kuteriakkan Asma-Mu
Agar runtuh dinding kesombongan
Dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
Kumenangis sepuasnya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang
Huhuhuhuhu....
Haa...

Restuilah



Selamat Hari Ibu kepada semua. Lagu ini diciptakan khas untuk insan-insan yang bergelar IBU... Tanpa anda, dunia ini akan sunyi dan kosong tanpa penghuni... Special dedication to my mom, Hajah Rose. I love you so much...



Lagu lama yang tak pernah keluar radio...

Title : Restuilah
Lyric : Naz
Melody : Naz

Disaat aku keresahan
Kau hadir bawa penawar
Dengan sepenuh keikhlasan
Terpancar sinar nuranimu

Tiada tandingan kasihmu
Kasih yang amat ku perlu
Laksana sinar rembulan
Menyuluh malam kegelapan

*
Tiada cinta
Seluhur cinta sepertimu
Tiada wanita
Yang paling kusanjung selainmu
Oooo...hooo..ooo

Betapa murninya jiwamu
Sanggup berkorban untukku
Adamu lahirlah aku
Tanpamu tiadalah aku

Kupohon restu mu ibu
Agar berkat langkahku
Meniti titian di dunia
Untuk kuseberang ke sana

*
Tiada cinta
Seluhur cinta sepertimu
Tiada wanita
Yang paling kusanjung selainmu
Ibuku... ibuku....

Kupohon restu mu ibu
Agar berkat langkahku
Meniti titian di dunia
Untuk kuseberang ke sana

Restuilah...

Bunga Angkasa


Sesekali layan band kat rumah orang kawen pun syok jugak kan?


Title : Bunga Angkasa
OA : Terra Rossa

Em Am
Indah sinar sang suria
D G
Merdu irama sang bayu
C Am
Tiada seindah wajahmu
B7 Em B7
Tiada semerdu suaramu

Em Am
Lembut bayu membelai
D G
Merdu burung berlagu
C Am
Tiada selembut belaianmu
B7 Em
Tiada semerdu kau berlagu

E Am
Keindahan wajahmu
D G
Jadi sumber ilhamku
C Am
Suaramu yang merdu
B7 E
Menghiburkan hatiku

Am D
Bertambah cahaya hidupku
G Em
Kau janji bersumpah setia
Am B7
Walaupun ribut melanda
Em
Kan bersama

Am D G
Selagi masih ada sinaran mentari
Em Am B7 Em
Selagi ada getar di jiwaku
Am D G
Kan ku korban jiwa raga
Em Am B7 E
Demi cinta untukmu bunga angkasa

Lirik dari link ni
Kod gitar aku carik sendri. Kalo salah gtahu yer..
Perghh.. mantap suara mamat ni (Ucop AVDT). Background music by Kelibat. Bilalah aku boleh tarik mcm mamat ni?? ;)

Tag dari vInA


Tagged dari vInA...

do u think u'r hot?
Aku hot? Rasanya tak..

upload a favourite picture of you:
Ni gambo aku ngan kazen2 time kanak2. Agak2 aku yang mana satu?

give three reason why you like this picture?
Time tu aku tak perlu pikir kalau harga barang naik, perang sana sini dan 'tuuut'. Ceria dan riang ria sentiasa hahaha...

when was the last time you eat pizza?
Ntah.. lupa dah. Kalo makan lempeng, rasanya 2 bulan lepas.

the last song you listen?
Buih Sabun. Perghh best giler lagu ni. Tak pernah dengar? Ni link sedutnya : 'Buih Sabun' Thanks to Man..

what are you doing now besides this?
Minum air susu strawberry.

what name you prefer besides yours?
Hmmm.. Hj atau Dato' atau Tan Sri atau Almarhum... ish.. terlebih suda..

people to tag:
X nak pesal aku tak suka ditag atau mengtag...

who is num one?
X der

num three is having relationship with?
Ntah.. x der

say something about num 5?
Invisible...

who is num 2?
Ghost...

what do u think about num 4?
Dracula.. hehehe...

Perpisahan Ini



Title : Perpisahan Ini
Lyric : Naz/King
Melody : Naz

Lagu yang paling lama dalam koleksi peribadi aku.. Juga lagu yang tak pernah keluar dalam radio. Semoga terhibur... ;)

Lagu ni pernah dinyanyikan oleh best friend aku, bro Syafrizal (Ejann @ Apai @ Model) dan bro Nasri (Nas) sebagai pemain gitar pada temasya Bintang Sukom'98. Big claps untuk depa ni.. :)

Perpisahan Ini

Perpisahan ini
Hanyalah seketika
Demi mengejar
Harapan dan cita

Walaupun aku jauh
Kau tetap di ingatan
Ku abadikan
Kenangan bersama

Ku kalungkan ikatan
Cinta, kasih dan sayang
Semoga ia
Tak akan terlerai

Pertemuan pertama
Masih segar terbayang
Seperti baru
Semalam berlalu

(Chorus *)
*
Cintamu mekar di hatiku ini
Tidak akan mungkin ku siakannya
Hanyalah setiamu yang kupinta selamanya

*
Pemergianku ini wahai kekasih
Iringilah dengan harapan
Semoga termakbul doa kejayaan bersama
(Repeat from intro)
(2nd stage, repeat chorus twice)

Hari yang bakal tiba
Bagaimanakah takdirnya?
Terserah pada
Yang Maha Kuasa...

Haaaaaa...


Tag dari Nazatul aka Fairy


Aku di tag lagi. Kali ini daripada Cik Fairy kita. Sorry pesal amek masa lama untuk jawab. Tag-tag yg laen, insyaallah aku akan cuba jawab. Sambil-sambil tu boleh layan lagu Pirates of the Caribbean versi gitar unplugged dari guitarist low profile kegemaran aku.. Mr. Hemo.



1.Org luar sana x kenal kamu.Perjelaskan siapa kamu?

Seorang lelaki yang suka pada seni dan juga biz.

2.Sikap kamu yang 'mantap'?

Hmm.. apa yer? Bersikap sentiasa ingin tahu kot?

3.Sikap kamu yg sgt jelek?

'Jelek'? Macam bahasa Indon jer.. Mungkin bersikap suka melengah-lengahkan sesuatu. Tapi dlm proses ubah sikap tu.

4.Apakah gajet yg kamu sentiasa bawa?

Thumb drive dan henpon.

5.Dah berapa HP kamu pakai selama neh? Senaraikan brandsnya.Jenama HP yg sdg kamu gunakan skrg?

Sagem, Nokia dan Hp China made. Skrg pakai brand China, dah 2 tahun lebih pakai dan jatuh berpuluh kali still boleh guna. Tp susah sket nak carik spare part.

6.Siapa bestfriend kamu?

Sesiapa saja yang sudi nak jadi sahabat..

7.Siapa yg kamu syg selain family kamu?Kenapa kamu syg dia?

Sahabat setia. Pasal time susah dan senang, depa ni la yg ada.

8.Lagi 10 tahun kamu jadi apa?

Hmm.. cita2 nak bukak kilang sendiri, Insyaallah... tolong doa2kan ya.. :)

9.Kata-kata hikmah yg pernah kamu dgr & paling kamu suka?

Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.. (Bukan pasal makan jer, boleh juga utk perkara lain)

10.Dlm blog kamu,suda ada berapa followers?

53.. tq kpd mereka yang sudi jadi followers. :)

11.Senaraikan followers yg kamu suka? (Tak kira kuantiti) Kenapa?

Semua sekali..

12.Makhluk Tuhan paling HOT mahu di Tag?

Hmm.. siapa ya? Kalo sesiapa nak jawab, silakan... hehehe...

Aku Dan Seorang Gadis




Title : Aku Dan Seorang Gadis
Lyric : King & Naz
Melody : Naz

Lagu yang tak berapa lama sangat yang x pernah keluar radio..

Aku Dan Seorang Gadis

Baru seminit berbicara maya denganmu
Seperti setahun aku kenali dirimu
Membuatkan aku rasa ingin bertemu
Di dunia nyata siapakah kamu ?

Telah kubaca segala cerita hidupmu
Derita di sebalik wajahmu yang ayu
Akanku ringankan setakat yang aku mampu
Sehingga terukir senyum di bibirmu


Mungkinkah kehadiranku di dalam hidupmu
Cuma secebis takdirmu yang telah ditentu
Namun aku bahgia kau telah bertemu arah
Bukannya kernaku kau berubah

* Aku keliru memikirkan perasaanku
Perasaanku terhadap dirimu
Adakah cinta yang lahir itu sejati
Ataupun aku sayang kamu kerna simpati

* Inginku luahkan sesuatu dalam hatiku
Walaupun sukar, payah dan lidahku kelu
Itulah kejujuran terbit di jiwaku
Cumaku pinta pengertian darimu

Hanya kenangan kita yang indah kutuliskan
Dalam catatan diari hidupku bersamamu
Agar suatu hari dapat mengingatkan aku
Pengalaman bertemu denganmu

Ulang *

Tq kpd Sulela. Aku jenis malas taip... hehehe...

Dirompak Gadis Mental


Aku di tag oleh Nurain @ Gadis Mental... Saperlah yg cipta permainan tag tag ni. Macam2 la bebudak zaman sekarang ni. Oleh kerana aku ada free hari ni, aku layan...

Inilah roper wallet dan isi perut nya. Aku letak atas gitar, pesal ini adalah blog gitar. Kalo blog pesal buat kueh, aku letak la kat atas oven. Lawak la tu... gelak la... penat aku buat lawak ni... ;p

Inilah roper wallet aku. Biasanya aku letak dlm pouch. Dalam pouch aku banyak semak samun. Aku x snap pesal tag ni pesal wallet jer. Ok, semoga Gadis Mental berpuas hati dengan rompakan yang beliau lakukan... :)

Di bawah ni senarai manusia-manusia yang aku nak rompak :
1. Sulela
2. HysMan
3. Ab geldofg
4. Nursuzry
5. Ajwin Ajeera

Sila jawab tag ni yer bagi sesiapa yang dilistkan di atas... ;p

Alam Desa.. Cinta menggamit aku kemari




Lirik ni hasil nukilan owner Alam Desa. So, aku modify sket poem asal supaya masuk dng lagu. Sebenarnya aku cadang nak wat dlm high note, tp sorer aku ni x mengizinkan. Hehehe... Ni lagu baru yang tak pernah kuar radio... layan... :)

Title : Alam Desa.. Cinta menggamit aku kemari
Lyric : Sulela
Melody : Naz

Alam Desa.. Cinta menggamit aku kemari

Bm A
Berkelana namun aku rasakan cukup sempurna
Bm A
Sendirian namun aku tetap berteman
Bm
Tenang itu setia di sisi

Bm A
Nyanyian sang unggas hutan memujukku
Bm A
Lembut melenakan Ah! Tolong jangan berhenti...
Bm
Nyanyikan aku lagu sepi!


*
Em A D
Dan sejurus resah itu mengensot pergi
Em A Bm
Jauh, tak kelihatan lagi
2x

**
Em A D G Em
Biasan hangat itu kelihatan murni dipagi hari
A D Bm
Memberi kehidupan sejak azali
Em A D G
Dengannya hamparan hijau terbentang itu kulihat
Em A Bm
Rasa kagum mengelubungi hati

Em A D G
Dengannya juga kulihat kelesuan sungai mengalir
Em A D Bm
Tenang seolah menyanyikan aku lagu kesyahduan
Em A D G
Ada sejuk di situ Ada damai di situ
Em A Bm
Tenang itu sentiasa di sisi
Bm
Di sini...

Bm A
Berkelana namun aku rasakan cukup sempurna
Bm A
Sendirian namun aku tetap berteman
Bm
Tenang itu setia di sisi

Bengang-Mr. Naz




Lagu yang agak tinggi. Time korus aku pakai low tone jer. Tak boleh nak pergi... somput napas pokcik...

Title : Bengang
OA : Mantera

Intro : Am G C Am

Am G
Pintu sepiku yang bertahun terkunci
F E
Tepaksa aku bukakan perlahan-lahan
Am G
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
F E
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Am G C Am
Keakuan... aaa... aaa... aaa

Am G
Andai terjadi mana lagi tempatku
F E
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Am G
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
F
Untuk ku miliki
E Am
Cinta dulu asalnya, aku yang punya

C G
Mana datang cahaya
Dm Am
Bukanlah tajuk cerita
C G Am
Siapa pun kau ku sudi terima
C G
Biarpun dosa semalam
Dm Am F
Sebesar gunung menembus awan
F E Am
Yang penting hatiku dapat kau tawan

F E Am
Yang penting hatiku dapat kau tawan

Kembali Bernyawa-Mr. Naz




Title : Kembali Bernyawa
Lyric : Naz & King (my twin...:p)
Melody : Naz
Original singer : Naz

Lagu lama juga yang x pernah keluar radio...

Kembali Bernyawa

Cinta yang berkurun berkubur
Bagaikan kembali bernyawa
Menghangatkan gelora di jiwa
Kehadiranmu tanpa diduga

Perlukah aku mengulangi
Kalimah cinta yang diberi
Hanya kau bertakhta di hati
Kini dan selamanya

Kehangatan cinta kita
Pasti akan terus membara
Selagi setia menghiasi langkah
Pada cinta yang dibina bersama

Kasihmu seterang cahaya
Menerangi hati yang gelita
Kasihmu selembut sutera
Menyelimuti hingga kuterlena

Bila rindu mencengkam jiwa
Memori indah pun menjelma
Kau mendakap tanganku mesra
Terpancar sinar bahagia


Thanks a lot to Sulela. :)

Teman-Mr. Naz





Title : Teman
Lyric : Naz
Melody : Naz
OA : Mr. Naz (Poyo jer ah...)

Lirik aku x letak pasal maleh nak taip. Lagu lama yang tak pernah keluar radio.

Ditujukan khas buat semua supporters, kawan2, followers, sahabat2, orang2 yang selalu tulis dlm ruangan komen serta kotak borak, dan semua insan yang bergelar TEMAN. I love you all....

Terima kasih kepada Sulela di atas kerajinan beliau menyalin lirik lagu ni.

Teman

Nanananana...ha...
Bila berkasih biarlah setia
Bersahabat biar berjuta
Sukar mencari teman yang sejati
Yang memahami

Sukar bagiku untuk menilai
Mana yang kaca dan permata
Manusia ramai yang berpura
Mendapatkan apa yang dicita

*Maafkanku teman
Andai kupernah bersalah
Aku juga insan sepertimu
Terima kasih kuucap padamu
Mewarnai perjalanan hidupku

*Suatu ketika kita pernah berduka
Juga gembira kita bersama
Merempuh ranjau sepanjang hidup ini
Bersama kita hadapinya

Nanananana...ha....
Ulang *

Segala budimu akan kukenang
Sehingga putus nafas ini
Segala budimu akan kukenang
Sehingga akhir hayat ini....


Ni aku amek dari (http://www.friendship.com.au) sebagai kata2 mutiara Persahabatan.

"True friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it be lost."
- Charles Caleb Colton

"Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born."
- Anais Nin

"My friends are my estate."
- Emily Dickinson

"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out."

"A friend is one who walks in when others walk out"
-Walter Winchell

"A friend is someone who is there for you when he'd rather be anywhere else."
- Len Wein - Sent by Paulo Louro

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."
- Sent by Donna Roberts

"A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself."
- Sent by Lysha

"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend."
- Albert Camus (also attributed to Maimonidies). Sent by clovers

"A hug is worth a thousand words. A friend is worth more."
- Sent by Jasmine Fitzwilliam

"Everyone is a friend, until they prove otherwise."
- sent by Steve

Yuna oh Yuna... Awesome girl from Malaysia...





Aku baru kenal budak Yuna ni kat TV3 pagi ni. Aku memang minat kat bakat dan penampilan beliau yg cukup sempoi dan yang penting, dia bertudung. Bisa membuatkan hati seorang lelaki ini jatuh hati pandang pertama. Yuna ni budak UiTM jurusan undang-undang. Ni yang aku nak masuk UiTM balik ni... Yeehaa...

Nak dengar dan tengok bakat dia meng'unplugged'kan diri x? Boleh klik play kat 'tiub awak' (You tube) kat atas. Amacam kawan2? Sempoi tak awek gua ni??

Kau Ilhamku-Mr. Naz





Setelah baik dari batuk yang panjang selama 3 minggu, aku teringin sangat nak unplugged lagu Man Bai. Aku maen bukan ikut sangat dia punyer kod. Kat bawah ni kod gitar yang sebetulnya. Mungkin tempo aku terlaju sket. Semoga terhibur. Kalo tak terhibur, cuba-culah hiburkan hati tu sendiri ye. Hehehee... Just a joke ;)

Man Bai - Kau Ilhamku

Intro

-----

*(untuk intro setiap kord antara "/ /" punyai kiraan 4/4)

Dm7 / G / A / Bb(s)

Bb /



Verse

-----

C G*

Beribu bintang di langit

Am G

Kini menghilang

F G

Meraba aku dalam kelam

C G*

Rembulan mengambang

Am G

Kini makin suram

F G C G

Pudar ilhamku tanpa arah



C G*

Sedetik wajahmu muncul

Am G

Dalam diam

F G

Ada kerdipan ada sinar

C G* Am G

Itukah bintang atau pun rembulan

F G C

Terima kasih ku ucapkan



Pre-Chorus

----------

C G* Am G

Izinkan ku mencuri bayangan

F / Dm7 / G / G //

wajahmu

C G* Am G

Izinkan ku mencuri khayalan

F / F / G / G --> Fill-1

denganmu ... Maafkanlah...



Chorus

-----

C / G* / Am / G /

Oh...

F

Andai lagu ini

Dm7

Mengganggu ruangan

G / G / G / G --> Fill-1

hidupmu ... Kau senyumlah...

C / G* / Am / G /

Oh...

F

Sekadar memori

Dm7

Kita di arena

G / G / G / G

ini ... Kau ilhamku...



Solo

----

C / G* / Am / G /

F / F / G / G /

C / G* / Am / G /

F / Dm7 / G / G /

C / G* / Am / G /

F / Dm7 / G / G /

G / G --> Fill-1



Ulang

-----

1) Pre-chorus

2) Chorus



Outro

-----

*ulang kord sehingga fade-out

C / G* / Am / G /

F / Dm7 / G / G //

(Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..... Kau Ilhamku)



Fill-1

E|--------|

B|--3-5-6-|

G|--4-5-7-|

D|--------|

A|--2-3-5-|

E|--------|

*Chord ni mana aku rembat... aku lupa la... but thanks kepada penyumbang guitar chord ini.

Salam MauliduRasul





Salam MauliduRasul dari aku buat semua. Marilah kita berselawat ke atas Baginda S.A.W.


Nasyid Raihan - Cahaya Selawat (Light of Blessing)

Fade To Black-Intro



Lagu intro lagi.
Lagu : Fade To Black
OA : Metallica

Ntah pesal aku asyik nak main lagu Metallica jer?

Metallica - Fade To Black
Tuning:E

Intro:
Bm Bm/A
Bm A/C#
Bm Bm/A Bm
A/C# Bm Bm/A
Bm A/C# Bm Bm/A
Bm A/C# F6 E/G# E/B

Am C G Em
Am C G Em

Am C G Em
Life it seems will fade away, drifting further every day.
Am C G Em
Getting lost within myself, nothing matters, no one else.
Am C G Em
I have lost the will to live, simply nothing more to give.
Am C G
There is nothing more for me. Need the end to set__

E
__me free A C A D5 E5

C5 A C G#5 F#5 E
A C A D5 E5
C5 A C G#5 F#5 E

Am C G Em
Things not what they used to be, missing one inside of me.
Am C G Em
Deathly lost, this can't be real, cannot stand this hell I feel.
Am C G Em
Emptiness is filling me, to the point of agony.
Am C G
Growing darkness taking dawn, I was me, but now__
E A C
__he's gone____________

A D5 E5

C5 A C G#5 F#5 E
A C A D5 E5
C5 A C G#5 F#5 E

D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5

D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
No one but me can save myself but it's too late
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
Now I can't think, think why I should even try.
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
Yesterday seems as though it never existed
D5 E5 D5 E5 G5 F#5 D5
Death greats me warm, now I will just say goodbye.

D5 E5 D5 E5 G5 F#5
D5
E5 G5 F#5 D
A5 G5 A5 B5
G5 B5 A5 B5
A5 G5 A5 A5

B5 A5 G5

Resources :
http://www.ultimate-guitar.com/tabs/m/metallica/fade_to_black_ver2_crd.htm

Nothing Else Matters-Intro



Dah 2 minggu aku kena batuk. Nak unplugged x bleh.. x der suara. So, aku layan je lah unplugged yg payah pakai suara.

Lagu ni namanya Nothing Else Matters dari band Metallica. Lagu lama tu... dah berzaman2, tapi tetap menjadi pojaan hatiku. Actually, aku bukan ikut versi asal pun. Asal ader bunyik sudah. Aku blajo x habis ngan sifo time kat Arau dulu.

Kalo sumbang gelak ramai2. Hahahaa...

Tuning: Standard E A D G B e

Metallica-nothing else matters

Em D C
So close no matter how far
Em D C
Couldn't be much more from the heart
Em D C
Forever trusting who we are
G B Em
And nothing else matters

Em D C
Never opened myself this way
Em D C
Life is ours, we live it our way
Em D C
All these words I don't just say
G B Em
And nothing else matters

Em D C
Trust I seek and find in you
Em D C
Every day for us something new
Em D C
Open mind for a different view
G B Em
And nothing else matters

{chorus}
C A D C
Never cared for what they do
A D C
Never cared for what they know
A D Em
But I know

{repeat 1st verse}
{chorus}
{repeat 2nd and 3rd verse}

C A D C
Never cared for what they say
A D C
Never cared for what they play
A D C
Never cared for what they do
A D C
Never cared for what they know
A D Em
But I know

{repeat 1st verse}

Lagu Tiga Kupang-Mr. Naz



Lagu popular di era 60-an. Layan lagu2 mcm ni srunut gaks..

Lagu Tiga Kupang
OA : A. Romzi

Lagu Tiga Kupang

C
Lagu tiga kupang
C
Saku penuh padi
G
Enam ekor burung
C
Masuk dalam kuali
C
Bila sudah masak
C
Burung nyanyi saja
G
Tentu sedap makan
C
Beri pada raja

( korus )
F
Raja dalam rumah
C
Buat kira-kira
F
Suri dalam dapur
G
Makan roti gula hey !
C
Dayang tepi kolam
C
Mahu jemur tepung
G
Datang burung hitam
C
Pagut batang hidung

Relaku Pujuk-Mr. Naz



Lagu best dari kumpulan Spider. Bila masuk suara aku, terus jadi x best. Sakit tekak wo nyanyi lagu nih...Aku terus masuk vokal pasal x reti buat intronya.

Relaku Pujuk

Bm A D
Dikejar bayang-bayang resah
Em F# Bm
Bila hatimu masih tak berubah
Em A D G
Enggan di punya dan di penjara
A D F#
Belaian cintaku ini

Bm A D
Aku bukan lelaki yang tewas
Em F# Bm
Bisa menyembah walau ku di tolak
Em A D G
Biar di uji kanan dan kiri
A D
Kau kan tetap ku miliki

[Korus]
D A Bm
Tiada lafas yang lebih agung
A D A Bm A
Kalimah cintamu yang ku tunggu tunggu
D A Bm
Biar jasadku yang menanggung
A D A Bm F#
Permainan darimu rela ku pujuk


Bm A D
Janganlah kau salahkan aku
Em F# Bm
Terus memburu menawan cintamu
Em A D G
Daku percaya sedikit masa
A D
Kau kecundang akhirnya


Em F# Bm G
Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Em F# Bm
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh...
Em F# Bm G
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Em F# A
Setelah aku menanamkan azimatku

Thanks to montel for guitar chord and lyric.
http://papamontel.blogspot.com/2008/12/spider-relaku-pujuk-chord-and-lyric.html

Jangan Tinggal Daku-Mr. Naz



Sebuah lagu klasik ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Dinyanyikan semula secara unplugged versi sendiri.

P. Ramlee - Jangan Tinggal Daku

*capo on 3


Am G
Jangan tinggal daku
F E
Oh adik oh juwita
Am F
Kanda sedang rindu
E Am
Pada mu yang manis jelita


Am G
Hanya dikau seorang
F E
Oh bintang oh pujaan
Am F
Tempat kasih sayang
E Am
Harapan di masa hadapan


G-Am G-Am x2
Andai dinda pergi
G-C G-C x2
Daku teman tiada
F E
Meratap sunyi
E E
Hampa merana


Am G
Ooo jangan tinggal daku
F E
O dewi O manisku
Am F
Kanda rindu selalu
E Am
Senyuman yang manis bermadu


G-Am G-Am x2
Andai dinda pergi
G-C G-C x2
Daku teman tiada
F E
Meratap sunyi
E E
Hampa merana


Am G
Ooo jangan tinggal daku
F E
O dewi O manisku
Am F
Kanda rindu selalu
E Am
Senyuman yang manis bermadu



Terima kasih kerana memberikan lirik dan kod gitar :
affanaizat(affanaizatanuar@hotmail.com)

Hantam Saja La 2


- The most amazing videos are a click away

Lagu ni aku x tau nama apa. Bukan versi asal. Lagu lama yang biasa main kat drama Melayu sebagai background muzik. Kalo ada sesiapa tau, gtahu aku.

Hantam saja la 1


- Free videos are just a click away
Aku dapat idea masa tengah nak blaja lagu Pirates Of Caribean. Ok tak bunyinya ?? Komen sikit...

Red Hot Chili Peppers - My Friends- Intro


Aku main plucking ikut suka jer...

Red Hot Chili Peppers - My Friends

My friends are so depressed
I feel the question
Of your loneliness
Confide... `cause Ill be on your side
You know I will, you know I will

X girlfriend called me up
Alone and desperate
On the prison phone
They want... to give her 7 years
For being sad

Chorus :
I love all of you
Hurt by the cold
So hard and lonely too
When you dont know yourself

My friends are so distressed
And standing on
The brink of emptiness
No words... I know of to express
This emptiness

Chorus :
Imagine me taught by tragedy
Release is peace
I heard a little girl
And what she said
Was something beautiful
To give... your love
No matter what

Post views hit counter

Guitar chord / kod gitar

Guitar chord / kod gitar

My sexy name. It is true?