Pages

Read me 1st

Tunggu sampai habis download dulu baru play. Tq :)

Ramadhan Datang Menjelma


Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Aku nak mintak maaf banyak2 kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau2 aku ada buat salah dan silap. Aku dedicate kan lagu ni untuk semua followers, visitors, dan sahabat2 yang yang beragama Islam. Poser, jangan tak poser taw... ;)



Aku baru kebah dari demam. So, kalo unplugged aku ni kureng memuaskan... jangan mare yer...

Ramadhan Datang Menjelma
Lyric : Naz
Melody : Naz

Dalam setahun hanya satu purnama
Penuh rahmat di dalamnya
Saat ditunggu telah menjelang tiba
Ramadhan datang menjelma

*
Lapar dan dahaga
Menguji iman dan taqwa
Seluruh pancaindera
Turut menahan dari melakukan dosa

**
Ketika fajar melimpahkan cahaya
Bertebaran bani adam di sini sana
Ketika rembulan menghiasi langit
Tasbih, selawat dan tahmid membasahi bibir
Hati jiwa yang suci
**
Ramadhan penghulu segala purnama
KurniaanMu kepada seisi alam
Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci

*
Lapar dan dahaga
Menguji iman dan taqwa
Seluruh pancaindera
Turut menahan dari melakukan dosa

**
Ampunilah dosa diri yang kerdil ini
Walaupun cuma sekelumit pengampunan-Mu
Terimalah penyerahan zahir dan batin
Sucikanlah jiwa hambaMu yang penuh dengan
Dosa noda yang hina
**
Ramadhan penghulu segala purnama
KurniaanMu kepada seisi alam
Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci

Dalam setahun hanya satu purnama
Penuh rahmat di dalamnya
Saat ditunggu telah menjelang tiba
Ramadhan datang menjelma

Naz : Semoga Ramadhan kali ini, aku lebih kenal dengan diri aku sendiri dan Pencipta diri aku ni... :)

Bangau Oh Bangau




Masih berkisar pasal alam semula jadi. Mungkin isu Bukit Antarabangsa dah lama, tapi masih lagi releven. Bro A.B... lirik ko ni memang mencabar sungguh. Pasal tu aku amek masa yang lama untuk siapkan... hehehehe....

Sayangilah pokok. Kalo pokok dah semua ditebang, kita akan kekurangan oksigen. Binatang2 lain pun dah tak der tempat nak tinggal. Keep green ok...! ;)

Lagu baru yang tak pernah keluar radio...

Bangau Oh Bangau
Lyric : A.B Geldofg feat Naz
Melody : Naz

Lihatlah sekeliling kita
Lihatlah sekeliling kita
Kerana wang bumi binasa
Ada kuasa dan tamak haloba
Alam kita jadi mangsa
Manusia pun jadi mangsa

Bangau oh Bangau "Kenapa kau tak hinggap kat Bukit Antarabangsa?"
"Macamana aku nak hinggap, pokok sudah tiada..."

Pokok oh pokok "Kenapa kau sudah tiada di Bukit Antarabangsa?"
"Macamana aku nak ada, Pemaju tebang aku..."

Pemaju oh pemaju "Kenapa engkau tebang semua pokok kat situ?"
"Macamana aku tak tebang, Engineer luluskan aku... luluskan aku"

Engineer oh engineer "Kenapa kau luluskan projek itu ?"
"Macamana aku tak luluskan, Boss dah arahkan aku...."

Boss oh boss "Kenapa kau arahkan projek itu?"
"Macamana aku tak arahkan, BELIAU kasi kat aku...."

BELIAU oh BELIAU "Kenapa kau kasi itu arahan?.."
"Macam mana aku tak kasi.... Ular nak makan aku.... nak makan aku..."

Ular oh ular "kenapa kau nak makan En. BELIAU ?"
"Halo bro lu percaya ke, aku nak makan BELIAU...?"
"Siapakah En. BELIAU? Lu pikirlah sendiri...."

Jangan nak tuduh aku...
Jangan nak tuduh aku...

Bangau oh Bangau
Kesiannya engkau...

Tak ada tempat hinggap
Kat bukit Antarabangsa...

Tak ada tempat melepak
Kat Bukit Antarabangsa...

Post views hit counter

Guitar chord / kod gitar

Guitar chord / kod gitar

My sexy name. It is true?