Pages

Read me 1st

Tunggu sampai habis download dulu baru play. Tq :)

Begitulah Beginilah




Macam ni lah aku. Bila sibuk, x dan nak layan online. Rindu weihh kat korang semua. Bila aku dah free nanti aku akan terjah blog2 dan FB korang... Dengarlah lagu pesal secebis kisah rutin hidup aku. Kerja untuk carik duit. Ntah bilalah duit akan bekerja untuk aku pulak yer... Hehehehe... Apa yang penting bersyukur walaupun dapat sedikit dan tak alpa bila dapat banyak... ;-)

Lagu yang tak berapa baru yang tak pernah keluar radio... Enjoy...

Begitulah Beginilah
Lyric : Naz
Melody : Naz

Sepanjang hariku
Mengejar masa dan waktu
Dalam jerebu dan debu

Tak pernah kisah ku ....
Walau tiada apa di saku
Asalkan ada agendaku
Asalkan ada agendaku

*
Begitulah... beginilah
Begitulah... beginilah

Siang yang menjelang
Terhampar sejuta peluang
Jika terlewat akan hilang

Malam tak pernah malam
Hanya kadang kala suam
Bila gelap timbul hitam
Bila gelap timbul hitam

*
Begitulah... beginilah
Begitulah... beginilah
2X

Biarlah Padam Segala Sepi




Lagu baru yang tak pernah kuar radio... semoga terhibur...

>Terima kasih kepada Anak Laut... kerana sudi kasi aku guna poem2 dalam blog cool dia tu... :)

Biarlah Padam Segala Sepi
Lyric : Anak Laut
Melody : Naz

Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi
Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati
Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari
Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti

*
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Jika kumerapat nanti sudikah engkau datang berlari kemari?
Biar kita merangkai hati janji setia sehidup semati
Demi cinta yang telah bersemi kutukan orang jangan peduli
Mari kita merajut mimpi suka dan duka kita hadapi

*
Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari
Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti

Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi
Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati
Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari
Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti

*
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari
Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti

Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api
Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi

Biarlah padam segala sepi

Biarlah padam segala sepi...

Post views hit counter

Guitar chord / kod gitar

Guitar chord / kod gitar

My sexy name. It is true?