Selamat menunaikan ibadah puasa. Harapnya belum terlambat untuk aku ucapkan kat sini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. :)
-Tolong2 kemaskan blog yang dah bersawang nie...Hehehehe...
(1)
Hanya pada-Mu ku berserah
Jiwa dan ragaku hanya untuk-Mu
Hanya pada-Mu ku meminta
Rahmat dan syafaat dari-Mu
(2)
Diri ini yang penuh dosa
Mengharapkan keampunan dari-Mu
Walaupun air selautan
Tak menghilangkan dahagaku
(3)
Suka dan duka
Bersilih berganti
Ada cahaya penghujungnya
(4)
Sejak kali pertama
Jantungku berdetik
Telah ku ikrar
Hanya Engkau yang Khaliq
Sejak kali pertama
Nadiku berdenyut
Kugenggam janji
Hanya Engkau Yang Kudus...
~(Strum intro),(2-4)
(5)
Oh Tuhan ampuni aku
Kesalku atas kekhilafanku
Oh Tuhan teluskan aku
Kenal diri untuk mengenal-Mu
2x
~(1), plucking and end
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua followers2 dan pengunjung2 Studio Buruk. Mohon maaf zahir dan batin jika sepanjang2 aku menjadi penglipur lara, aku ada buat salah kat korang semua. Semoga kalian selamat pergi dan kembali dari bercuti. Doa aku sentiasa mengikuti korang semua.. amin... :)
Lagu baru ada.. tapi vocal aku makin x best.. so, segan nak rekod... hehehehe..
Ni lagu tempo paling laju dlm koleksi peribadi aku. Aku wat lagu nie masa aku rasa mcm dah nak drop dgn mcm2 masalah yg melanda... Setelah sekian lama aku peram, aku nak share dgn kawan2 yg setia dengan Studio Buruk nie. Semoga apa yang baik2 dlm lirik tu dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian... Aku ni kasi nasihat pandai, tp diri sendiri pun senget... hahahaha...
Lagu lama yang x pernah kuar radio... layanss... ;)
Berani Hidup Berani Mati
Lyric/Melody : Naz
(1) Dalam meredah dunia ini Pasti rintangan kan menghalangi Percaya dan yakin pada diri IzinNya pasti semua jadi
(2) Ingatlah oleh mu wahai teman Jangan diikutkan perasaan Hidup ini perlukan pedoman Agar tak sesat dipelayaran
(3) * Tekad, azam dan cita Sematkanlah di dada Usaha teruskanlah berusaha Bertawakal dan berdoa * Apa ditunggu lagi Usah asyik bermimpi Marilah, mari, marilah berlari Mengejar apa diimpi
My 1st English song... Lama dah aku nak buat lagu omputeh, baru skrg dpt peluang. Semoga terhibur dgn lagu nie yer..
Terima kasih kepada bro Jawa yang memberikan sentuhan ajaib beliau dalam memperindahkan lagi lagu nie. Juga buat sis Lily Puteh yang sudi kasi aku guna poem dia nie untuk dijadikan lirik...
Lagu baru yang x pernah kuar radio... pronunciation aku tu sila abaikan yer.. hahahaha....
One More Time
Lyric : Lily Puteh (edited by Jawa) Melody/Rhythm guitar : Naz Background music : Jawa
(1) One more time Like the fiery sun in the sky I'll love all of you Only you, forever..
And again I'm telling myself One more time.... One more time....
(2) The day's moving slow and it's hard Because when I tried to show you all my heart You just can't see...
Blaming the time that passing by Even though the season changed once again Sadness remains...
(3) One more time Although it's so hurts I should have loved Just a little more I will smile just for you And so do my cries too..
Pengertian mengenai kasih, cinta dan sayang berbeza di antara individu. Ada yang membayangkan tentang buah hati (kapel dia la tu :p). Ada yang fikirkan tentang kasih kepada keluarga. Ada yang kasih kepada negara, nusa dan bangsa dan macam2 definisi lagi. Apa2 pun takrifannya, ia adalah 1 luahan yang jujur dan tidak dipaksa. Tidak perlukan sebab untuk berkasih sayang. Bak kata orang, jika hati dah cinta... segalanya indah2 belaka. :)
Lagu baru yang tak pernah kuar radio... Semoga kita sama2 semakin dekat dengan Dia, Insya Allah...
Kasihku...
Lyric/Melody : Naz
Walaupun di mana di muka bumi ini Ingatan padaMu tetap di hati Walaupun di mana ku di dunia asing Tasik kasihku tidak pernah kering
Kasihku... Sayangku Kasihku... Cintaku
Hanya Engkau kupuja Hanya Engkau di jiwa KasihMu terpancar seluruh ruang, masa Kasihku... Sayangku Kasihku... Cintaku
-Ulang dari mula-
Naz : Kasih kepada Tuhan adalah yang paling agung...
Salam.. kawan2 semua. Lama gak aku x update lagu baru. Sorilah pesal aku ada bz sket. Maklumlah dah hujung2 tahun ni, mcm2 nak kena setlekan sebelum masuk tahun baru.
Kali ni aku x berseorangan unplugged, kerana bro Jawa ada kasi sentuhan ajaib beliau dlm background muzik lagu ni. Terima kasih buat beliau kerana sudi contribute dlm pembikinan lagu ni. Yang bunyi violin dan bassline tu adalah hasil kerja tangan beliau. Cayalah bro!!! Lu memang multipurpose lah.. :)
Lirik pula dikarang oleh cik Nurfahana. Dia ni bukan calang2 lyric writer kerana walaupun cik Hana kita ni perempuan, namun beliau dpt menempatkan diri beliau dlm situasi seorang lelaki yang sedang mencari jodoh. Aku pun x dapat buat mcm tu.. hehehehe... caiyok!!!
Tajuk asal sebenarnya 'Cari Jodoh', tetapi terpaksa diubah kerana ada persamaan dengan tajuk lagu dari kumpulan dari seberang. Cik Hana kasi lirik ni pada 4 Okt yg lepas. Pas aku masukkan melodynya dan buat beberapa kali modification dgn bro Jawa, aku simpan smpailah la ni... so, sekarang aku publishkan buat korang semua.. :)
Kalau sedap tepuk tangan... kalo x sedap, wat2 x tau jer erk... hahahaha.. :p
Lagu baru yg x pernah kuar radio...
Gadis Impianku
Lyric : Dr. Hana Melody : Naz Music Arrangement : Jawa
Hari ke hari bersilihlah ganti Makin menginjak usiaku ini Entahlah bila akan aku temui Si dia ratu di dalam hati
Bukan tiada berkenan di hati Cuma tiada yang secomel Siti Mungkin aku tidak sekacak Zed Zaidi Apa nak buat tunggulah lagi
* Ibu dan ayah bebel tak henti-henti Ingin menantu, ingin cucu sendiri Oh ibu, oh ayah bukan ku tak cari Cuma tiada sudi mendampingi Yang berkenan pada anakmu ini
** Dan kini aku masih menanti-nanti Yang sedang-sedang itu ku cari-cari Manis senyumannya bikin penyejuk hati Pandai masak perutku terisi
Lembut dan sopan santun memikat hati Itulah gadis ku cari selama ini Di mana ohh di mana dia, mari kemari Akan ku pinang sebagai isteri
(Repeat from intro to chorus**) (Repeat intro again and finish)
Kali ni aku buat 1 lagu khas buat saudara-saudara kita yang berada di Gaza, Palestine. Jika ada sebarang sumbangan ikhlas boleh salurkan kat nombor yang tertera di bawah ni.
Aman Palestin Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12029010047880 Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
Tabung NSTP Untuk GAZA Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 514105-320501
Lagu baru yang tak pernah kuar radio... :)
Gaza Lyric : Naz & N Melody : Naz
Di bumi yang terbakar ini Belas serta ikhsan tidak lagi bersemi Di bumi yang bergolak ini Nyawa insan bagai tiada harga lagi
Mereka berjuang Sehingga darah yang terakhir Sedang zahir kita Cuma di sini
Dimanakah kita ketika Hujan peluru melanda bumi mereka? Dimanakah kita ketika Tangisan simpati dan jeritan derita?
Siang malam mu tak pernah sunyi Bergegar setiap inci tanah suci ini Tak pernah kering daerah ini Titisan darah merah pekat di sana sini
Zahirkan kedamaian Hentikan peperangan Kembalikan keamanan Di bumi ini... 2x
Naz : 1. Sama2lah kita mendoakan keselamatan mereka di sana. 2. Terima kasih buat Man pesal sudi jadi pengkritik lagu demo ni hari tu.. :)
Kali ini aku nak stop unplugged jap. Sesekali nak gak rest... :p Klik button 'play' kat atas tu dan nikmatilah 1 lagu instrumental ciptaan sahabat seangkatan aku.. Bro Jawa. Ini adalah lagu instrument pertama beliau. Walaupun agak slow, tapi luahan rasa dari dalam tu... Layansssss.... Hehehehe...
Beliau merupakan bassist band indie 'Ugly Space Jelly'. Amacam? Gempak tak aksi beliau dengan gitar bass merah tu? Ada sesiapa nak berkenalan?? Ahakss.. ;-)
So kalau ada sebarang komen yang membina, sila-silakanlah post kat sini. Majulah industri muzik Malaysia demi masa depan yang gemilang... :D
Ni lagu khas buat mereka-mereka yang bergelar IBU. Lagu kedua aku tentang jasa seorang IBU selepas lagu Restuilah. Lirik ini ditulis oleh sahabat maya aku iaitu Bro Kimisai. Dia juga seorang pemuzik yang sempoi... ;)
Hayatilah lagu ini guna hati kerana jika guna telinga pasti akan terkesan kesumbangan dalam nyanyian ku ini.. Ahaks...
Lagu baru yang tak pernah keluar radio mahupun carta top 10 juara lagu... hehehehe...
Dia tak perlu tersenyum Di di sebalik raut wajahnya Aku lihat kepuasan Abadi kasih sejatinya Sentiasa di hati ku...
Dia tak perlu ketawa Di setiap ukir bibirnya Aku lihat dia bangga Gigih menunjang kejayaanku Korban jiwa dan raga...
* Dia tak perlu menangis Di setiap tingkahnya berlalu Aku sedar setiap kesilapan Sentiasa kau berikan kemaafan
** Dia tak perlu apa-apa lagi Di segenap raut wajahnya Ku panjatkan doa pada Illahi Ku pohon sejahtera untuknya ** Dia tak perlu apa-apa lagi Di setiap mimpi ku temuinya Terima kasih buat dirinya Melahir membesarkan ku di dunia
(Repeat from intro again)
Terima kasih buat dirinya... Melahir membesarkan ku di dunia...
Naz : Doa ibu amat mustajab bagi kejayaan seseorang... :)
Macam ni lah aku. Bila sibuk, x dan nak layan online. Rindu weihh kat korang semua. Bila aku dah free nanti aku akan terjah blog2 dan FB korang... Dengarlah lagu pesal secebis kisah rutin hidup aku. Kerja untuk carik duit. Ntah bilalah duit akan bekerja untuk aku pulak yer... Hehehehe... Apa yang penting bersyukur walaupun dapat sedikit dan tak alpa bila dapat banyak... ;-)
Lagu yang tak berapa baru yang tak pernah keluar radio... Enjoy...
Begitulah Beginilah Lyric : Naz Melody : Naz
Sepanjang hariku Mengejar masa dan waktu Dalam jerebu dan debu
Tak pernah kisah ku .... Walau tiada apa di saku Asalkan ada agendaku Asalkan ada agendaku
* Begitulah... beginilah Begitulah... beginilah
Siang yang menjelang Terhampar sejuta peluang Jika terlewat akan hilang
Malam tak pernah malam Hanya kadang kala suam Bila gelap timbul hitam Bila gelap timbul hitam
Lagu baru yang tak pernah kuar radio... semoga terhibur...
>Terima kasih kepada Anak Laut... kerana sudi kasi aku guna poem2 dalam blog cool dia tu... :)
Biarlah Padam Segala Sepi Lyric : Anak Laut Melody : Naz
Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti
* Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Jika kumerapat nanti sudikah engkau datang berlari kemari? Biar kita merangkai hati janji setia sehidup semati Demi cinta yang telah bersemi kutukan orang jangan peduli Mari kita merajut mimpi suka dan duka kita hadapi
* Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti
Kerana ada janji di hati kutulis puisi di laut mimpi Rindu kelasi meracik janji pengubat mimpi kasih sejati Taufan dan badai aku layari untuk mengikat tanda jemari Di hulu sepi merangkai hari demi tujuan satu yang pasti
* Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Aku berjanji kepada bumi demi engkau si bidadari Bila bersama sampailah nanti di pintu syurga saling menanti
Kapal layar di hujung jeti ikan pari taruh di api Kita berlayar di musim nanti biarlah padam segala sepi
Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri buat semua yang meraikannya. Pada kesempatan ini aku nak Minta Maaf Zahir Dan Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki... jikalau sepanjang aku berblogging ni, aku ada buat salah dan silap. Kepada kawan2 ofline serta sedara aku yang tersesat masuk kat sini sebagai silent reader pun sama juga. Salam penuh kemaafan buat semua.
Actually, aku nak buat lagu raya berentak joget Melayu. Oleh kerana dah berapa kali aku rekod dan dengar balik, teruk sangat bunyinya aku post pone dulu. Mungkin tahun depan kot. Lagu 'Hari Raya' ni aku buat 3 hari lepas. Kesinambungan dari lagu 'Ramadhan Datang Menjelma'. Kiranya lagu ni adik beradik la... ;-)
Kalau korang nak balik kg atau nak beraya nanti, berhati-hati di jalan raya. Raya raya jugak, keselamatan pun kena jaga juga. Biarlah keadaan selepas raya, sama seperti keadaan sebelum raya. Ni aku pesan sekali kat diri aku sekali... :-)
Lagu baru yang tak pernah kuar radio. Kalo sumbang, buat tak tau jer taw... Layansss... Hehehehe...
Hari Raya
Lyric : Naz Melody : Naz
Aidil Fitri Kembali menjelma lagi Bersihkanlah hati Memohon keampunan diri
Bagi yang mengerti Hakikat kemenangan ini Bibir tidak henti Takbir memuji Ilahi
Allah.. Allah Allahhuakbar Allah.. Allah Allahhuakbar
* Di sebalik Rahsia tersembunyi Kenikmatan Yang tidak terperi
** Hari raya disambut dengan gembira Hari raya Pengubat segala duka Hari raya Lupa segala sengketa Hari raya Maafkan segala dosa
Lagu berkisar tentang keinsafan... Sila dengar guna hati yer... :) Lagu baru yang tak pernah keluar radio...
Resah Lyric : R Melody : Naz
Resah menanti hukuman beribu tahun Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini Gelap pekat malam yang sunyi Resah berdosa aku sendiri Bersimpuh hina dalam tangisan
* Segalanya..tiada satu milikku Terpedaya aku godaan dunia Angkuh melangkah Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
** Tuhanku.. kupohon belas sayangMu Kuharap belas kasihMu Ampunilah dosa dosaku Bagai pasir dan buih di lautan ** Tuhanku.. tak mungkinku undur masa Sesat aku dalam RahmatMu Namun tiada kuingin Kau menjauh Membiarku terlontar di penghujung dunia Mengharap secebis kasih sayangMu..
Resah menanti hukuman beribu tahun Resah menanti balasan api kemurkaan
Merintih aku di sini Gelap pekat malam yang sunyi Resah berdosa aku sendiri Bersimpuh hina dalam tangisan
* Segalanya..tiada satu milikku Terpedaya aku godaan dunia Angkuh melangkah Dengan sifat sifat pinjaman dariMu
** Tuhanku.. kupohon belas sayangMu Kuharap belas kasihMu Ampunilah dosa dosaku Bagai pasir dan buih di lautan ** Tuhanku.. tak mungkinku undur masa Sesat aku dalam RahmatMu Namun tiada kuingin Kau menjauh Membiarku terlontar di penghujung dunia Mengharap secebis kasih sayangMu..
Semoga Kau sentiasa memandangku Dengan kasih seperti dulu..
Naz : Semoga aku beroleh keinsafan di bulan mulia ini...
Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Aku nak mintak maaf banyak2 kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau2 aku ada buat salah dan silap. Aku dedicate kan lagu ni untuk semua followers, visitors, dan sahabat2 yang yang beragama Islam. Poser, jangan tak poser taw... ;)
Aku baru kebah dari demam. So, kalo unplugged aku ni kureng memuaskan... jangan mare yer...
Ramadhan Datang Menjelma Lyric : Naz Melody : Naz
Dalam setahun hanya satu purnama Penuh rahmat di dalamnya Saat ditunggu telah menjelang tiba Ramadhan datang menjelma
* Lapar dan dahaga Menguji iman dan taqwa Seluruh pancaindera Turut menahan dari melakukan dosa
** Ketika fajar melimpahkan cahaya Bertebaran bani adam di sini sana Ketika rembulan menghiasi langit Tasbih, selawat dan tahmid membasahi bibir Hati jiwa yang suci ** Ramadhan penghulu segala purnama KurniaanMu kepada seisi alam Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan KurniaanMu kepada insan yang miliki Hati jiwa yang suci
* Lapar dan dahaga Menguji iman dan taqwa Seluruh pancaindera Turut menahan dari melakukan dosa
** Ampunilah dosa diri yang kerdil ini Walaupun cuma sekelumit pengampunan-Mu Terimalah penyerahan zahir dan batin Sucikanlah jiwa hambaMu yang penuh dengan Dosa noda yang hina ** Ramadhan penghulu segala purnama KurniaanMu kepada seisi alam Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan KurniaanMu kepada insan yang miliki Hati jiwa yang suci
Dalam setahun hanya satu purnama Penuh rahmat di dalamnya Saat ditunggu telah menjelang tiba Ramadhan datang menjelma
Naz : Semoga Ramadhan kali ini, aku lebih kenal dengan diri aku sendiri dan Pencipta diri aku ni... :)
Masih berkisar pasal alam semula jadi. Mungkin isu Bukit Antarabangsa dah lama, tapi masih lagi releven. Bro A.B... lirik ko ni memang mencabar sungguh. Pasal tu aku amek masa yang lama untuk siapkan... hehehehe....
Sayangilah pokok. Kalo pokok dah semua ditebang, kita akan kekurangan oksigen. Binatang2 lain pun dah tak der tempat nak tinggal. Keep green ok...! ;)
Kepada kaki pancing, ada lagu untuk korangs... CINTAI DAN SAYANGILAH LAUT... dan hargailah sumbangan para nelayan... Lagu baru yang tak pernah keluar radio... ;)
Inilah lagu yang paling ramai penyumbang lirik yang ada dalam simpanan aku. Best sungguh bekerjasama ni... apa yang penting... kerjasama... hehehe...
Lagu asal ada kat sini. Lepas aku terima lirik dari Hysman dan SensationKuman, aku modified untuk disesuaikan dengan melody dan kesinambungan sedia ada. Harap korang tak marah aku modified yer...
Lagu baru yang tak pernah keluar radio... semoga terhibur... :)
Buat bangsaku... Semoga kita terus bersatu di bumi yang bertuah ini... Tempat tumpah darah dari generasi ke generasi.... Bangunlah... demi agama, bangsa dan negara yang amat kita cintai... Renungkan dan hargailah pengorbanan orang-orang terdahulu yang sanggup mengorbankan diri... Jangan sampai tanah ini dijajah lagi... Jagalah warisan ini dengan sepenuh jiwa dan sepenuh hati...
Warisan Komposer: Y.B. Dato' Dr. Nordin Kardi Unplugged by : Naz
C Anak kecil main api C Terbakar hatinya yang sepi F G C Am Air mata darah bercampur keringat G C Bumi dipijak milik orang C Nenek moyang kaya raya C Tergadai seluruh harta benda F G C Am Akibat sengketa sesamalah kita G C Cita lenyap di arus zaman
F C Indahnya bumi kita ini G C Warisan berkurun lamanya F C Hasil mengalir ke tangan yang lain Dm G Pribumi merintih sendiri
C Masa depan sungguh kelam C Kan lenyap peristiwa semalam F G C Am Tertutuplah hati terkunci mati G C Maruah peribadi dah hilang
F C Kini kita cuma tinggal kuasa G C Yang akan menentukan bangsa F C Bersatulah hati bersama berbakti Dm G Pulih kembali harga diri
C Kita sudah tiada masa C Majulahlah dengan maha perkasa F G C Janganlah terlalai teruskan usaha G C Melayu kan gagah di nusantara 3x